Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-13 BAHAGIAN III KENYATAAN PERKHIDMATAN 8. Bahagian ini dikhaskan untuk merekodkan peristiwa penting dan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai di sepanjang perkhidmatannya, mulai dari tarikh pegawai dilantik ke jawatan pertamanya sehingga perkhidmatannya berakhir. Kaedah Merekod 9. Butir-butir maklumat yang terdapat di dalam “Kenyataan Perkhidmatan” dan kaedah merekod adalah seperti berikut: Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Nama Pegawai Sama seperti kaedah merekod Nama Pegawai di dalam “Maklumat Peribadi”. 2. Nombor Jabatan Sama seperti kaedah merekod Nombor Jabatan di dalam “Maklumat Peribadi”. 3. Nombor Pendaftaran Cawangan Perkhidmatan Atau Negeri Sama seperti kaedah merekod Nombor Pendaftaran Cawangan Perkhidmatan atau Negeri di dalam “Maklumat Peribadi”. 4. Tarikh Layak Dimasukkan Ke Dalam Penjawatan Berpencen Tarikh yang melayakkan pegawai diberi taraf berpencen mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa hendaklah direkodkan. 5. Tarikh Dimasukkan Ke Dalam Perjawatan Berpencen Tarikh pemberian taraf berpencen bagi pegawai yang tidak bersetuju memilih Skim KWSP hendaklah direkodkan. Bagi pegawai yang bersetuju memilih Skim KWSP atau yang belum diberikan taraf berpencen oleh pihak berkuasa berkenaan, ruangan ini hendaklah dikosongkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy