Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

4 CERAIAN PO.1.1.1 PEMERKASAAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memperjelaskan arahan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi perkhidmatan awam. TAKRIF 2. Bagi maksud Ceraian ini: “agensi kerajaan” ertinya semua kementerian, jabatan Persekutuan pada peringkat Persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan dan manamana entiti lain dalam perkhidmatan awam Persekutuan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Jika terdapat kekeliruan mengenai pemakaian Ceraian ini kepada mana-mana entiti, akan ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “ketua jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu agensi kerajaan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “pegawai” ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan “terjemahan” ertinya cara (gaya, kaedah) menterjemah seperti lisan dan bukan lisan sama ada dalam bentuk digital atau cetakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy