Pengurusan Psikologi

 43 dan aduan terhadap pegawai terbabit. Namun begitu, penggunaan indikator ini banyak bergantung kepada budi bicara Ketua Jabatan dalam menentukan tindakan yang akan diambil. 9. Setelah pegawai dikenal pasti berdasarkan indikator-indikator yang dinyatakan di atas, Analisis Keperluan Rawatan perlu dilakukan bagi menentukan jenis rawatan yang bersesuaian. Analisis Keperluan Rawatan 10. Terdapat pelbagai kaedah dalam melaksanakan analisis keperluan rawatan. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah melalui temu bual awal, pentadbiran ujian saringan atau perbincangan dengan pegawai terbabit bagi menentukan rawatan bersesuian dengan permasalahan yang dihadapi. Hasil analisis yang menyeluruh membolehkan rawatan yang tepat diberikan. 11. Selain itu, ujian psikometrik juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah dalam membuat analisis keperluan rawatan terutamanya bagi kes-kes yang mempunyai simptom klinikal dan trauma. Namun begitu, penggunaan ujian Psikologi ini bergantung kepada kepakaran pegawai yang ada di agensi dalam menggunakan ujian psikometrik. 12. Hasil analisis keperluan rawatan yang dilaksanakan akan menentukan bentuk bantuan yang akan dijalani oleh pegawai terbabit sama ada menjalani intervensi, pencegahan dan pembangunan bersama Pegawai Psikologi, AKRAB mahupun bersama coach dan mentor yang ditetapkan. Manakala, bagi pegawai yang memerlukan pembangunan kemahiran dan latihan, maka analisis keperluan latihan perlu dilaksanakan bagi menentukan jenis latihan yang bersesuaian. Analisis keperluan Latihan 13. Analisis Keperluan Latihan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis latihan atau kursus yang diperlukan oleh pegawai terbabit. Ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti jurang di antara kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh pegawai dalam melaksanakan tugas. Pegawai terbabit akan ditemu bual bagi mengenal pasti tahap keupayaan, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki yang kemudian akan dibandingkan dengan kompetensi yang diperlukan mengikut deskripsi tugas (JD) jawatan pegawai tersebut bagi membolehkan ia berperanan secara optimum di pejabat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy