Pengurusan Psikologi

 42 ix. Keberhutangan kewangan yang serius Keberhutangan kewangan yang serius merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang mendorong pegawai kepada situasi tersebut. Justeru, sebagai langkah pencegahan kepada masalah yang lebih teruk kemudian maka aspek keberhutangan ini boleh menjadi indikator dalam pengenalpastian pegawai yang berkemungkinan bermasalah dan perlu dibantu. Umumnya, organisasi perkhidmatan awam telah menetapkan petunjuk asas kepada masalah kewangan ini, iaitu jumlah potongan melebihi 60% dari gaji. x. Ujian Psikometrik Ujian psikometrik merupakan satu kaedah dalam mengukur permasalahan individu seperti minat, personaliti dan permasalahan psikologi. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kepakaran dalam mentadbir, membuat analisis dan menginterpretasi dapatan ujian. Sehubungan itu, ujian psikometrik juga boleh digunakan bagi mengenal pasti simptom permasalahan pegawai dalam organisasi. xi. Aduan pelanggan Aduan pelanggan boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk dari panggilan telefon, e-mel, surat, borang maklum balas perkhidmatan, peti cadangan, surat khabar dan sebagainya. Aduan pelanggan meliputi keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi seperti petugas kaunter atau telefonis, desk officer sehinggalah kepada pembuat keputusan oleh pegawai-pegawai kanan. Justeru, kekerapan aduan yang diterima sama ada kepada sekumpulan pegawai atau individu tertentu dalam organisasi juga boleh dijadikan indikator pengenalpastian masalah. xii. Penilaian Ketua Jabatan Ketua Jabatan dapat membuat penilaian terhadap semua pegawai di bawah penyeliaannya. Selain daripada penilaian prestasi tahunan, Ketua Jabatan juga boleh membuat penilaian berdasarkan pemerhatian, laporan penyelia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy