41 tata kelakuan boleh diberi perhatian seperti ketidakhadiran, kecuaian dalam melaksanakan tugas, gangguan seksual, pengambilan dadah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pegawai yang dalam siasatan, sedang dalam proses tindakan dan yang telah diambil tindakan perlu dibantu bagi memperbaiki diri dan mengukuhkan pembangunan dirinya. vii. Maklumat Kehadiran Melalui maklumat kehadiran, sekurang-kurangnya tiga permasalahan utama boleh dikenal pasti iaitu kelewatan, ponteng dan pergerakan pegawai. Bagi maksud pelaksanaan PPP, indikator berikut boleh digunapakai dalam mengenal pasti pegawai yang kemungkinan bermasalah, iaitu; (a) pegawai yang datang lewat melebihi 3 kali dalam sebulan tanpa alasan yang munasabah; (b) pegawai yang ponteng atau tidak hadir bertugas tanpa kebenaran; dan (c) pegawai yang datang menepati masa tetapi keluar tanpa keizinan Ketua. viii. Maklumat cuti Terlalu kerap mengambil cuti rehat yang tidak dirancang juga menunjukkan simptom pegawai yang berkemungkinan bermasalah. Pegawai yang kerap mengambil cuti tanpa perancangan biasanya menunjukkan prestasi kerja yang tidak memuaskan, kurang bermotivasi dan tidak terurus. Selain itu, maklumat cuti sakit juga merupakan satu indikator dalam mengenal pasti pegawai yang berkemungkinan bermasalah. Pegawai terbabit sama ada yang benar - benar cuti sakit atau cuti sakit yang “meragukan” di mana secara fizikalnya tidak mempunyai sebarang penyakit tetapi kerap mengambil cuti sakit terutamanya daripada hospital/klinik swasta. Ini kerana, pegawai yang benar-benar sakit memerlukan sokongan, bantuan dan pemahaman orang lain untuk membantu mereka pulih. Manakala, pegawai yang sering mengambil cuti sakit yang “meragukan” perlu dibantu untuk memperbaiki sikap, nilai, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy