341 tertakluk kepada keperluan semasa) Urus setia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia / Bahagian Khidmat Pengurusan (ii) Fungsi Jawatankuasa Tindakan Psikologi ialah seperti yang berikut: a. menetapkan hala tuju perkhidmatan psikologi peringkat kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; b. memantau isu-isu kesejahteraan psikologi di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing; dan c. memacu penyelarasan dan pengukuhan pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam secara berfokus dan berkesan. (iii) melapor pelaksanaan strategi dan inisiatif Dasar Psikologi Sektor Awam ke Majlis Penasihat Psikologi Sektor Awam (rujuk Lembaran PO. 3.2.1(C1) dan Lembaran PO.3.2.1(C2)); dan (iv) kekerapan mesyuarat adalah dua (2) kali setahun. 12. Peranan ketua jabatan dan penjawat awam bagi merealisasikan dasar ini adalah seperti yang berikut: 12.1 Ketua Jabatan (i) melaksanakan strategi dan inisiatif mengikut keperluan dan keutamaan kementerian, jabatan dan agensi; (ii) mengintegrasikan dasar ini dengan dasar awam dan program di peringkat kementerian, jabatan dan agensi; (iii) bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memantapkan pengurusan perkhidmatan psikologi; (iv) memastikan penjawat awam mendapatkan perkhidmatan psikologi; (v) memastikan kemudahan, keperluan dan peralatan untuk
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy