Pengurusan Psikologi

 342 perkhidmatan psikologi mematuhi standard yang ditetapkan; (vi) menyokong pelaksanaan dasar secara menyeluruh ke arah kesejahteraan mental warga kerja; (vii) memastikan semua penilaian, modul dan aplikasi yang berkaitan dengan psikologi yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan swasta mendapat akreditasi dengan Jawatankuasa Akreditasi Psikologi Sektor Awam, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilaksanakan di agensi masingmasing; dan (viii) bertanggungjawab menangani isu-isu psikologi dan gangguan psikososial di tempat kerja dengan merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta memantau impak keberhasilannya ke atas warga organisasi berasaskan indikator pengukuran yang berkuat kuasa. 12.2 Penjawat Awam (i) memastikan kesejahteraan psikologi diri berada pada tahap yang memuaskan; (ii) melibatkan diri secara aktif dalam inisiatif literasi psikologi; (iii) mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan dan sokongan psikologi jika mengalami isu yang memberi kesan kepada emosi, pemikiran dan tingkah laku; (iv) menduduki penilaian psikologi yang ditetapkan dalam tempoh perkhidmatan berdasarkan kitaran hayat perkhidmatan awam; dan (v) mematuhi pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam mengikut garis masa yang ditetapkan. PERTANYAAN 13. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Panduan Pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy