Pengurusan Psikologi

 340 (ii) Fungsi Jawatankuasa Akreditasi Psikologi Sektor Awam ialah seperti yang berikut: a. menjadi badan penasihat teknikal kepada kementerian, jabatan dan agensi berkaitan modul latihan, instrumen penilaian dan aplikasi perisian psikologi; b. melaksanakan penilaian kualiti, audit pematuhan dan pemantauan terhadap modul latihan, instrumen penilaian dan aplikasi perisian psikologi; dan c. memberi pengiktirafan, penarafan, syor penambahbaikan atau penggantungan akreditasi tertakluk kepada keputusan jawatankuasa. (iii) Jawatankuasa akan bersidang empat (4) kali setahun atau mengikut keperluan. 11.2 Jawatankuasa Tindakan Psikologi (JTP) (i) Semua kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Psikologi dan keanggotaan jawatankuasa ini ialah seperti dalam Jadual 2. Jadual 2: Jawatankuasa Tindakan Psikologi Jawatan Keanggotaan Pengerusi Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri Pengerusi Ganti Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)/ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ahli-Ahli Semua ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Ketua-ketua Jabatan dan Agensi (Jawatankuasa boleh menambah keanggotaan ahlinya atau mengundang mana-mana individu daripada sektor awam atau swasta yang bersesuaian bagi mengukuhkan tadbir urus dasar,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy