Pengurusan Psikologi

 339 10.5 Iklim dan Budaya Kerja Positif (i) Ketua Jabatan juga bertanggungjawab menyokong kesejahteraan psikologi pekerja dengan membentuk budaya kerja positif. (ii) Setiap Ketua Jabatan perlu menangani isu-isu yang menyebabkan kecederaan psikologi dan gangguan psikososial. (Rujuk Lembaran PO.3.2.1(B)). TADBIR URUS DAN PERANAN 11. Tadbir urus dasar ini dilaksanakan dengan mewujudkan dua (2) jawatankuasa seperti yang berikut: 11.1 Jawatankuasa Akreditasi Psikologi Sektor Awam (i) Jawatankuasa Akreditasi Psikologi Sektor Awam ditubuhkan dan keanggotaan jawatankuasa ini ialah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Jawatankuasa Akreditasi Psikologi Sektor Awam Jawatan Keanggotaan Pengerusi Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA Pengerusi Ganti Timbalan Pengarah Kanan/ Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA Ahli-Ahli 1. Ahli Akademik (5 orang) 2. Pegawai Psikologi Kanan (5 orang) (Jawatankuasa boleh menambah keanggotaan ahlinya atau mengundang mana-mana individu daripada sektor awam atau swasta yang bersesuaian bagi mengukuhkan tadbir urus dasar, tertakluk kepada keperluan semasa) Urus setia Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy