338 (iii) Setiap penjawat awam hendaklah mengemukakan salinan sijil atau dokumen sokongan yang berkaitan kepada Ketua Jabatan serta memuat naik bukti penyertaan ke dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) atau sistem pengurusan sumber manusia yang sedang berkuat kuasa bagi tujuan pengesahan penyertaan, pemantauan pematuhan dan pendokumentasian rekod pembelajaran. 10.2 Profil Psikologi (i) Setiap penjawat awam perlu menjalani penilaian psikologi bagi mewujudkan profil psikologi mengikut Kitaran Hayat Pengurusan Bakat yang terdiri daripada pengambilan, pemilihan, penempatan, kenaikan pangkat, pembangunan, intervensi, pelan penggantian dan pra persaraan. (ii) Profil psikologi penjawat awam merangkumi penilaian berasaskan sebelas (11) domain utama iaitu pembawaan, personaliti, kesejahteraan, kepimpinan, kompetensi, keupayaan kognitif, integriti, keupayaan bukan kognitif, kemahiran dan pengetahuan, organisasi dan pasukan serta gaya dan keutamaan. 10.3 Intervensi Psikologi (i) Penjawat awam yang dikenal pasti berisiko melalui penilaian psikologi hendaklah mengikuti sesi konsultasi bersama Pegawai Psikologi bagi menentukan intervensi seperti sesi bimbingan, kaunseling atau psikoterapi. 10.4 Akses dan Keselamatan Perkhidmatan Psikologi (i) Setiap Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan penjawat awam mendapat akses perkhidmatan psikologi. (ii) Setiap Ketua Jabatan perlu memastikan modul, instrumen dan aplikasi berkaitan dengan psikologi yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan. (Rujuk Lembaran PO.3.2.1(A)).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy