Pengurusan Psikologi

 337 PELAKSANAAN 10. Pelaksanaan dasar ini memberi tumpuan kepada pembangunan kesejahteraan psikologi melalui pengukuhan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku penjawat awam seiring dengan PPSM SM.1 - Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan dasar ini direalisasikan melalui pelbagai inisiatif seperti yang berikut: 10.1 Literasi Psikologi dan Program Kesejahteraan Psikologi (i) Pelaksanaan Literasi Psikologi dan Program Kesejahteraan Psikologi hendaklah mengambil kira peringkat perkembangan kerjaya penjawat awam yang merangkumi penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan prapersaraan. Pelaksanaan ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan psikologi penjawat awam secara holistik melalui lapan (8) dimensi kesejahteraan, iaitu emosi, intelektual, fizikal, sosial, kerohanian, kewangan, kerjaya dan persekitaran. Ketetapan pelaksanaan adalah seperti yang berikut: a. Setiap penjawat awam hendaklah mengikuti Literasi Psikologi sekurang-kurangnya dua (2) jam setahun. Pelaksanaan Literasi Psikologi hendaklah berteraskan tema tahunan yang ditetapkan berdasarkan keperluan semasa penjawat awam. Fokus utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman tentang aspek psikologi serta keupayaan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja; dan b. Setiap penjawat awam hendaklah mengikuti Program Kesejahteraan Psikologi sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh lima (5) tahun. Program ini memberikan penekanan kepada pembangunan dan pengukuhan kemahiran psikologi bagi meningkatkan daya tindak, ketahanan diri dan kesejahteraan psikologi penjawat awam secara berterusan. (ii) Keperluan jam pembelajaran Literasi Psikologi boleh dipenuhi melalui pelbagai kaedah pembelajaran yang bersesuaian, termasuk kursus, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran kendiri. Jam pembelajaran tersebut hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan pembangunan kompetensi sebanyak 40 jam setahun bagi penjawat awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy