336 sumber-sumber lain dalam memberikan sokongan dan bantuan psikososial kepada penjawat awam yang terkesan. (iii) Strategi 3: Memastikan iklim organisasi yang kondusif Memperkukuh budaya positif, menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan, menangani gangguan psikososial serta memastikan keperluan prasarana diberikan keutamaan. (iv) Strategi 4: Membudayakan amalan pengiktirafan Membudayakan amalan pengiktirafan kepada individu dan organisasi bagi meningkatkan motivasi dan prestasi melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian. 9.5 Teras 5: Integrasi Dasar dan Kerjasama Strategik Teras ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkukuhkan integrasi dasar, perkongsian sumber dan kepakaran serta jaringan komunikasi bagi memperdanakan perkhidmatan psikologi melalui strategi seperti yang berikut: (i) Strategi 1: Mengintegrasi psikologi dalam dasar dan program Mengintegrasikan elemen psikologi dalam perancangan dasar dan program bagi memastikan keperluan psikologi dan kesejahteraan diberikan keutamaan. (ii) Strategi 2: Mengoptimumkan perkongsian sumber dan kepakaran Menggalakkan perkongsian sumber, kepakaran dan kerjasama dengan pelbagai agensi serta badan bukan kerajaan bagi memperkukuh perkhidmatan psikologi. (iii) Strategi 3: Meningkatkan sinergi komunikasi strategik Melaksanakan komunikasi strategik di pelbagai peringkat bagi meningkatkan kefahaman, memperkukuh kesejahteraan dan memupuk budaya kerja positif dalam organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy