335 (iv) Strategi 4: Memperkukuh kawal selia perkhidmatan Memastikan instrumen penilaian, aplikasi perisian dan modul latihan psikologi memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak berasaskan pseudopsikologi. 9.3 Teras 3: Kepimpinan dan Kesejahteraan Penjawat Awam Teras ini memberi keutamaan kepada pemerkasaan pemimpin yang mengamalkan pendekatan psikologi dan pengukuhan kesejahteraan penjawat awam melalui strategi seperti yang berikut: (i) Strategi 1: Memperkasa kepimpinan berteraskan nilai Melaksanakan program pembangunan dan intervensi bagi melahirkan pemimpin yang berupaya memahami keperluan psikologi dan mengutamakan nilai kemanusiaan agar dapat meningkatkan kesejahteraan warga kerja. (ii) Strategi 2: Meningkatkan kesejahteraan penjawat awam Meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan mampu mengaplikasikan ilmu psikologi bagi memperkukuh keupayaan dalam menghadapi cabaran dan keperluan tugas agar kekal produktif dan sejahtera. 9.4 Teras 4: Kesejahteraan Organisasi Teras ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memenuhi keperluan psikologi warga organisasi dan pembentukan budaya yang menyokong keseronokan bekerja melalui strategi seperti yang berikut: (i) Strategi 1: Melaksanakan analisis keperluan dan risiko Melaksanakan analisis keperluan psikologi dan risiko psikososial bagi merangka intervensi yang tepat dan berkesan. (ii) Strategi 2: Memperkukuh sokongan dan bantuan psikososial Memperluaskan program pembimbing rakan sekerja dan menggunakan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy