Pengurusan Psikologi

 334 (ii) Strategi 2: Mengukuhkan standard kualiti perkhidmatan Melaksanakan pemantauan dan kawalan dalaman melalui pematuhan standard bagi memastikan akauntabiliti serta kualiti perkhidmatan yang terbaik. (iii) Strategi 3: Memantau inisiatif Dasar Psikologi Memantau pelaksanaan inisiatif psikologi di semua peringkat bagi memastikan dasar dan strategi yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan. 9.2 Teras 2: Kebolehcapaian dan Keselamatan Perkhidmatan Psikologi Teras ini memberi fokus kepada aspek kebolehcapaian perkhidmatan, mengurangkan stigma, meningkatkan kompetensi Pegawai Psikologi dan memastikan pematuhan kepada standard melalui strategi seperti yang berikut: (i) Strategi 1: Memacu transformasi digital Menggalakkan penggunaan teknologi digital bagi memastikan kebolehcapaian perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan. (ii) Strategi 2: Meningkatkan penerimaan perkhidmatan psikologi Melaksanakan insiatif bagi mewujudkan kesedaran awam, mengubah tanggapan dan mengurangkan stigma terhadap perkhidmatan psikologi. (iii) Strategi 3: Meningkatkan kompetensi dan kepakaran Pegawai Psikologi Menyediakan latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kepakaran Pegawai Psikologi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy