333 7.2 Pemimpin Peringkat ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kepimpinan yang mengutamakan aspek kemanusiaan bagi menyokong kesejahteraan psikologi penjawat awam dan organisasi. 7.3 Organisasi Peringkat ini memberi tumpuan kepada pembentukan iklim organisasi yang positif, sihat dan selamat serta menyokong pembudayaan keseronokan bekerja. 7.4 Tadbir Urus Peringkat ini memberi tumpuan kepada aspek pengurusan, penyelarasan, pemantauan dan kawal selia bagi memperkukuhkan perkhidmatan psikologi. PENGUKURAN DAN KEBERHASILAN 8. Keberhasilan dasar ini boleh diukur dengan dapatan indeks atau penilaian psikologi yang berkuat kuasa. TERAS DAN STRATEGI 9. Pelaksanaan strategi dan inisiatif dasar ini dijelaskan secara terperinci melalui lima (5) teras dan 16 strategi seperti yang berikut: 9.1 Teras 1: Tadbir Urus dan Standard Perkhidmatan Psikologi Teras ini menumpukan kepada aspek pengurusan yang cekap dan berkesan serta perkhidmatan psikologi yang menepati standard yang ditetapkan melalui strategi seperti yang berikut: (i) Strategi 1: Mengukuhkan struktur tadbir urus Melaksanakan penambahbaikan terhadap struktur tadbir urus dan perkhidmatan psikologi bagi memastikan penggunaan sumber secara optimum.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy