332 “pseudopsikologi” merujuk kepada idea, amalan atau teori psikologi yang tidak disokong oleh bukti kajian saintifik atau kaedah penyelidikan yang sah; dan “risiko psikososial” merujuk kepada faktor persekitaran kerja atau kehidupan yang menjejaskan kesejahteraan psikologi, kesihatan mental, keselamatan dan prestasi. PRINSIP 6. Dasar ini dilaksanakan berlandaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang tertinggal atau terpinggir dalam mendapatkan perkhidmatan psikologi yang standard dan berkualiti. Prinsip ini diterjemahkan seperti berikut: 6.1 Kebolehcapaian perkhidmatan Memastikan perkhidmatan psikologi boleh dicapai oleh semua penjawat awam. 6.2 Perkhidmatan standard dan berkualiti Menyediakan perkhidmatan psikologi yang standard dan berkualiti melalui pematuhan dan penyeliaan berterusan. 6.3 Kerahsiaan dan etika profesional Memastikan semua maklumat dan tadbir urus perkhidmatan psikologi dikendalikan secara sulit, selamat dan beretika. PERINGKAT 7. Dasar ini dilaksanakan melalui empat (4) peringkat iaitu individu, pemimpin, organisasi dan tadbir urus seperti berikut: 7.1 Individu Peringkat ini memberi tumpuan kepada keupayaan penjawat awam dalam mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan yang berterusan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy