Pengurusan Psikologi

 331 “jabatan” termasuklah- (i) sesuatu kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. “kecederaan psikologi” merujuk kepada akibat pendedahan terhadap pengalaman traumatik dan tekanan berpanjangan yang menjejaskan kesejahteraan dan kefungsian diri; “kesejahteraan organisasi” merujuk kepada organisasi yang mempunyai budaya kerja positif dan mengutamakan keselamatan psikologi serta menyumbang kepada keseronokan bekerja; “kesihatan mental” merujuk kepada tahap kefungsian emosi, kognitif (pemikiran) dan tingkah laku seseorang individu dalam mengendalikan kehidupan seharian; “ketua jabatan” merujuk kepada seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “literasi psikologi” merujuk kepada kesedaran, pengetahuan dan kefahaman berkaitan ilmu psikologi bagi meningkatkan kesejahteraan diri, hubungan sosial dan prestasi kerja; “penilaian psikologi” merujuk kepada ujian psikologi yang digunakan untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, nilai, minat, personaliti, motivasi dan tret psikologi lain; “prinsip psikologi” merujuk kepada asas dan panduan berteraskan ilmu psikologi dalam memahami dan memperkasa individu bagi meningkatkan kesejahteraan, mengembangkan potensi serta memperkukuh keberkesanan individu dan organisasi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy