330 Lampiran PO.3.2.1(A) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR PSIKOLOGI SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan Ceraian PO.3.2.1 - Dasar Psikologi Sektor Awam bagi menguruskan kesejahteraan penjawat awam, pemimpin dan organisasi berasaskan prinsip psikologi. LATAR BELAKANG 2. Tekanan kerja, gangguan psikososial di tempat kerja serta stigma terhadap mendapatkan bantuan dan sokongan psikologi merupakan antara cabaran yang boleh menjejaskan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam. Keadaan ini bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesejahteraan dan kualiti hidup individu, malah berpotensi mempengaruhi prestasi kerja, produktiviti serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. 3. Oleh itu, usaha memperkukuh kesedaran, menggalakkan budaya kerja yang menyokong kesejahteraan mental serta meningkatkan akses kepada bantuan dan sokongan psikologi adalah penting bagi memastikan penjawat awam dapat berfungsi secara optimum dalam persekitaran kerja yang sihat dan kondusif. 4. Bagi menangani isu dan cabaran tersebut, Dasar Psikologi Sektor Awam dilaksanakan secara menyeluruh melalui tadbir urus yang kukuh, inisiatif psikologi yang berimpak tinggi dan penilaian berterusan. Pelaksanaan dasar ini dijangka dapat mengurangkan impak tekanan kerja, memperkukuh kesejahteraan psikologi dan budaya positif dalam organisasi. TAFSIRAN 5. Bagi tujuan Garis Panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. “gangguan psikososial” merujuk kepada gangguan yang berpunca daripada tekanan, konflik atau persekitaran sosial dan kerja yang menjejaskan emosi, pemikiran, tingkah laku, hubungan interpersonal serta prestasi;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy