329 PELAKSANAAN 11. Pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam diperincikan dalam Lampiran PO.3.2.1(A) - Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam. 12. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pengurusan Psikologi) bertanggungjawab dalam mengawal selia pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam. TARIKH KUAT KUASA 13. Ceraian ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2027. PENGECUALIAN 14. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMAKAIAN 15. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy