328 Jadual 1: Majlis Penasihat Psikologi Sektor Awam Jawatan Keanggotaan Pengerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pengerusi Ganti Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Setiausaha Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA Ahli-Ahli 1. Semua Ketua Setiausaha Kementerian 2. Semua Setiausaha Kerajaan Negeri 3. Ahli Akademik (3 orang) (Majlis boleh menambah keanggotaan ahlinya atau mengundang mana-mana individu daripada sektor awam atau swasta yang bersesuaian bagi mengukuhkan tadbir urus dasar, tertakluk kepada keperluan semasa) Urus setia Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA 10. Fungsi Majlis Penasihat Psikologi Sektor Awam ialah seperti yang berikut: (i) menilai dan menetapkan hala tuju strategik perkhidmatan psikologi yang selaras dengan dasar-dasar perkhidmatan awam dan negara; (ii) meluluskan kerangka kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi memperkukuh standard perkhidmatan, akreditasi dan pembangunan kapasiti perkhidmatan pasikologi; dan (iii) memastikan sistem pemantauan dan penilaian dilaporkan secara berkala bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan sejajar dengan aspirasi pembangunan negara.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy