327 (ii) Pengukuran Pembangunan Kemahiran dan Perkhidmatan Psikologi Pengukuran ini bertujuan menilai kemahiran psikologi penjawat awam dan kualiti perkhidmatan psikologi dalam organisasi. (iii) Pengukuran Prestasi dan Keberhasilan Pengukuran ini bertujuan menilai prestasi dan keberhasilan perkhidmatan psikologi. 8. Pendekatan yang diaplikasikan dalam pelaksanaan Dasar Psikologi Sektor Awam merangkumi elemen pencegahan, pembangunan dan pemulihan secara holistik dan berterusan bagi memperkasa potensi individu, memperkukuh kesejahteraan psikologi dan meningkatkan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. TADBIR URUS 9. Tadbir urus dasar ini adalah di bawah Majlis Penasihat Psikologi Sektor Awam seperti dalam Jadual 1. Majlis ini ditubuhkan bagi menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar serta memastikan pelaksanaannya yang cekap dan konsisten. Terma rujukan majlis ini adalah seperti berikut: (i) menilai dan menetapkan hala tuju strategik perkhidmatan psikologi yang selaras dengan dasar sektor awam; (ii) menilai kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi memperkukuh perkhidmatan psikologi; dan (iii) memantau pelaksanaan dan menilai keberkesanan dasar.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy