326 6. Dasar ini dilaksanakan berasaskan kepada lima (5) teras strategik seperti berikut: (i) Tadbir urus dan standard perkhidmatan psikologi Melaksanakan tadbir urus yang cekap dan memberikan perkhidmatan psikologi mengikut standard yang ditetapkan. (ii) Kebolehcapaian dan keselamatan perkhidmatan psikologi Memastikan perkhidmatan psikologi yang berkualiti, selamat dan mudah dicapai melalui pelbagai kaedah penyampaian serta kawal selia yang berkesan. (iii) Kepimpinan dan kesejahteraan penjawat awam Memperkasa kepimpinan berteraskan psikologi, nilai kemanusiaan dan kesejahteraan. (iv) Kesejahteraan organisasi dan budaya kerja positif Membudayakan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan kondusif melalui sokongan dan komitmen warga organisasi. (v) Integrasi dasar dan kerjasama strategik Mengintegrasikan elemen psikologi dalam pembangunan dasar awam melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. 7. Dasar ini mengintegrasikan tiga (3) elemen pengukuran seperti berikut: (i) Pengukuran Keperluan dan Risiko Psikologi Pengukuran ini bertujuan mengenal pasti keperluan dan risiko psikologi yang memberi kesan kepada kesejahteraan penjawat awam dan organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy