Pengurusan Psikologi
20 Lampiran PO.3.1.1(F) APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI PENGENALAN 1. Aplikasi psikologi dalam intervensi adalah inisiatif yang dilaksanakan dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai melalui aktiviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan pementoran. Program Pengupayaan Kendiri (PPK) diwujudkan bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai serta mengendali pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Program ini mengambil kira elemen emosi, tingkah laku dan kognitif yang merangkumi aspek penilaian, bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan bagi meningkatkan keupayaan pegawai. MATLAMAT 2. Aplikasi psikologi dalam intervensi melalui PPK bertujuan untuk mewujudkan kaedah pengurusan yang bersepadu dan tersusun kepada pegawai yang memerlukan bimbingan dan sokongan. Intervensi ini mengenal pasti permasalahan di peringkat awal, memantau keupayaan kendiri dan membantu pegawai meningkatkan kemampuan supaya memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada pelanggan dan organisasi. PROGRAM PENGUPAYAAN KENDIRI 3. Di bawah PPK terdapat empat (4) program utama iaitu: i. Penilaian Pekerja Program Penilaian Pekerja bertujuan mengenal pasti pegawai yang perlu dibantu bagi berdasarkan indikator berikut: (a) Maklumat kehadiran. (b) Laporan penilaian prestasi tahunan. (c) Maklumat cuti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy