Pengurusan Psikologi

 21 (d) Maklumat lantikan. (e) Maklumat persaraan. (f) Lain-lain maklumat yang berkaitan. ii. Perkhidmatan Kaunseling Perkhidmatan kaunseling merupakan proses menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi secara beretika untuk membantu individu, meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri untuk kepentingan perkhidmatan. iii. Pementoran Program pementoran merupakan pendekatan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara berstruktur oleh mentor yang terlatih, berkemahiran dan beretika bagi pembangunan kompetensi peribadi, sosial, profesional dan nilai diri menti. Pelaksanaan program ini bertujuan memantapkan kompetensi pegawai melalui pemindahan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. iv. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati. Program ini memberi khidmat bimbingan dan sokongan kepada pegawai yang dikenal pasti dalam Program Penilaian Pekerja. PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI 4. Pelaksanaan aplikasi psikologi dalam intervensi melalui PPK melibatkan empat program utama iaitu Penilaian Pekerja, Perkhidmatan Kaunseling, Pementoran, dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Berikut merupakan tatacara yang perlu dilaksanakan iaitu: (i) Mengenal pasti pegawai yang perlu dibantu. (ii) Mendaftarkan pegawai yang dikenal pasti ke dalam sistem maklumat pengurusan sumber manusia atau kaedah yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy