Pengurusan Psikologi
288 (iv) Menti (a) Mengambil inisiatif untuk turut serta dalam program atau aktiviti rasmi dan tidak rasmi yang melibatkan mentor mengikut kesesuaian. (b) Melengkapkan dokumen-dokumen berkaitan dengan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam seperti yang berikut: i. Borang Profil Pementoran Kepimpinan Sektor Awam seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B4). ii. Refleksi Sesi Pembelajaran seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B5) . iii. Senarai Semak Pembelajaran seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B6) . (c) Menyediakan pelaporan keseluruhan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam dan mengemukakan pelaporan yang telah diperakukan oleh mentor kepada urus setia. (v) Penyelia Menti (a) Mengisi dan mengemukakan Borang Penilaian Pementoran Kepimpinan Sektor Awam seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B3) kepada urus setia dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat fasa pelaksanaan pementoran. FASA PELAKSANAAN 10. Pementoran Kepimpinan Sektor Awam dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan berdasarkan tiga (3) fasa berikut: (i) Fasa Pertama: Persediaan Menti dikehendaki menghadiri taklimat Pementoran Kepimpinan Sektor Awam dan mengenal pasti serta menetapkan matlamat kompetensi kepemimpinan yang ingin dicapai sepanjang program pementoran ini. Menti juga dikehendaki membuat persiapan untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan mentor bagi membina hubungan dan menyatakan matlamat yang ingin dicapai. Fasa ini dilaksanakan satu (1) bulan sebelum fasa kedua bermula, iaitu fasa pelaksanaan pementoran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy