Pengurusan Psikologi
287 (b) Membuka peluang kepada mentor untuk memilih menti yang bersesuaian daripada calon menti yang ada (sekiranya perlu). (c) Membuat padanan calon mentor dan menti yang telah dilantik (tidak melebihi tiga menti bagi setiap mentor) dan mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan. (d) Menyelaraskan taklimat pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam. (e) Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam yang melibatkan mentor dan menti sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh pelaksanaan program. (f) Memantau pelaksanaan mengikut perancangan seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B2) . (g) Mengemukakan Borang Penilaian Pementoran Kepimpinan Sektor Awam seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B3) kepada penyelia menti bagi tujuan pra penilaian (setelah dibuat pelantikan) dan pasca penilaian (setelah selesai Fasa Pelaksanaan Pementoran). (h) Mengemukakan pelaporan keseluruhan program Pementoran Kepimpinan Sektor Awam kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia selepas menerima Borang Penilaian Pementoran Kepimpinan Sektor Awam daripada penyelia menti. (iii) Mentor (a) Memberikan kerjasama dengan melibatkan menti dalam program atau aktiviti rasmi dan tidak rasmi yang diketuai oleh mentor seperti mesyuarat, bengkel, majlis rasmi dan lain-lain sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh satu (1) bulan mengikut kesesuaian. (b) Mengesahkan laporan Refleksi Sesi Pembelajaran yang disediakan oleh menti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy