Pengurusan Psikologi

 289 (ii) Fasa Kedua: Pelaksanaan Pementoran Sesi pembelajaran boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi mengikut kesesuaian antara mentor dengan menti berdasarkan tiga (3) skop dengan enam (6) kompetensi pementoran kepemimpinan yang telah ditetapkan. Sesi pembelajaran boleh merangkumi aktiviti rasmi atau tidak rasmi seperti pemerhatian atau penglibatan dalam program/mesyuarat dengan persetujuan mentor, perbincangan dalam talian atau mengikut kesesuaian mentor. Menti perlu memfokuskan kemahiran dan pengetahuan tasit ( tacit knowledge ) yang diperoleh daripada mentor. (iii) Fasa Ketiga: Pelaporan Menti dikehendaki untuk menyediakan pelaporan seperti dalam Lembaran PO.3.1.4 (B4), Lembaran PO.3.1.4 (B5) dan Lembaran PO.3.1.4 (B6) yang mengandungi perkara-perkara yang telah dipelajari berdasarkan enam (6) kompetensi pementoran kepimpinan dan mengemukakan laporan tersebut kepada urus setia dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir pelaksanaan fasa kedua pementoran kepimpinan. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB MENTOR DAN MENTI 11. Pementoran kepimpinan melibatkan hubungan dua hala antara mentor dan menti berasaskan etika kejujuran, integriti dan kerahsiaan. Mentor bertanggungjawab membimbing, memberikan maklum balas konstruktif dan menjadi contoh teladan kepada menti. Menti perlu bersifat proaktif, terbuka menerima bimbingan dan berkomunikasi dengan jelas supaya objektif pementoran kepimpinan yang dihasratkan tercapai. Hubungan pementoran perlu berlandaskan etika bagi membina kepercayaan, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memberikan impak positif kepada pegawai dan organisasi. 12. Jika terdapat sebarang halangan semasa sesi pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam, mentor dan menti perlulah merujuk kepada urus setia bagi mendapatkan nasihat dalam mengatasi halangan atau permasalahan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy