Pengurusan Psikologi

 286 (ii) Memimpin Warga Organisasi (a) Kompetensi Motivasi Kepimpinan - Keupayaan pemimpin untuk memotivasikan pasukan, memberikan inspirasi, meningkatkan kerjasama, komunikasi dan kepercayaan dalam mencapai matlamat organisasi. (b) Kompetensi Kepimpinan Manusiawi - Cara gaya kepimpinan yang mengutamakan aspek kemanusiaan, yang memberikan fokus kepada empati, adil, fleksibel serta hubungan yang harmoni. (iii) Memimpin Organisasi (a) Kompetensi Pengurusan dan Pentadbiran - Keupayaan pemimpin untuk menyelesaikan dan menganalisis masalah, membuat keputusan serta merancang visi, hala tuju, dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi. (b) Kompetensi Kedinamikan Organisasi - Kemampuan pemimpin untuk memahami dan mengurus kuasa, budaya, pengaruh dan jaringan kerjasama dalam konteks organisasi. TADBIR URUS PELAKSANAAN 9. Tadbir urus pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam merangkumi peranan ketua jabatan, urus setia, mentor dan menti. (i) Ketua Jabatan (a) Melantik urus setia dalam kalangan Pegawai Sumber Manusia sedia ada bagi mengurus pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam. (b) Mencalonkan mentor dan menti yang berpotensi berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Lembaran PO.3.1.4 (B1) . (ii) Urus Setia (a) Menjalankan saringan pemilihan calon menti sebelum membuat pelantikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy