Pengurusan Psikologi
285 (iii) “Menti” merujuk kepada pegawai yang dipilih daripada kalangan pegawai Gred 12 dan ke atas yang berpotensi sebagai pemimpin dalam organisasi berdasarkan kriteria yang ditetapkan. (iv) “Penyelia Menti” merujuk kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) menti berdasarkan sistem pengurusan prestasi MyPerformance . OBJEKTIF 6. Pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam berhasrat mencapai objektif yang berikut: (i) Menggalakkan Pembelajaran Melalui Perkongsian Pengalaman Yang Terbaik. (ii) Meningkatkan Hubungan Profesional Yang Positif Antara Pemimpin- Pekerja. (iii) Memantapkan Kepemimpinan Organisasi. PRINSIP 7. Proses pembelajaran berdasarkan inisiatif dan kreativiti melalui pemerhatian, penglibatan dan mengambil teladan yang baik bagi pembangunan kepimpinan, keperibadian dan profesional melalui bimbingan dan panduan oleh mentor. SKOP 8. Pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam memfokuskan kepada tiga (3) skop kepimpinan dengan enam (6) kompetensi utama: (i) Memimpin Diri (a) Kompetensi Personaliti Dan Pengukuhan Nilai - Keupayaan untuk memperkukuhkan faktor personaliti dan nilai peribadi yang menyumbang kepada tingkah laku pemimpin berintegriti dan beretika dalam kehidupan peribadi dan profesional. (b) Kompetensi Pengukuhan Kefungsian Psikologi - Keupayaan untuk menguruskan minda, emosi dan tingkah laku serta meningkatkan motivasi diri, daya tahan dan keyakinan diri.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy