Pengurusan Psikologi
284 Lampiran PO.3.1.4 (B) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN KEPIMPINAN SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam. LATAR BELAKANG 2. Pementoran Kepimpinan Sektor Awam merupakan salah satu komponen penting dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030 di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi 2 (BKR 2) melalui Strategi Keberhasilan Reformasi 2 (SKR 2) iaitu melengkapkan penjawat awam dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan baharu. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme penjawat awam bagi memastikan sektor awam yang produktif dan berprestasi tinggi. 3. Pementoran Kepimpinan Sektor Awam merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan program pementoran yang telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian PO.3.1.1 - Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Ceraian PO.3.1.4 - Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. 4. Melalui pementoran kepimpinan, pegawai yang lebih berpengalaman dapat membimbing dan mempersiapkan pegawai yang berpotensi dalam sektor awam untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. TAKRIF 5. Bagi maksud panduan ini: (i) “Pementoran Kepimpinan” merujuk kepada proses pembelajaran yang berstruktur bagi membolehkan pemimpin yang berpengalaman berkongsi pengetahuan dan kepakaran untuk pembangunan kepimpinan, keperibadian dan keprofesionalan pegawai. (ii) “Mentor” merujuk kepada pegawai yang dipilih daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy