Pengurusan Psikologi
270 (iii) Kompetensi Peribadi merujuk kepada kecekapan mengurus pemikiran, emosi, sikap dan tingkah laku dalam menyampaikan perkhidmatan. Pengurusan diri merupakan faktor utama dalam memastikan seseorang pegawai mampu menyumbang secara efektif kepada kecemerlangan diri dan organisasi. (iv) Kompetensi Sosial merujuk kepada kecekapan mengendalikan aspek perhubungan di pelbagai peringkat dalam organisasi termasuklah cara berkomunikasi dengan pelanggan. PELAKSANAAN 13. Pengurus sumber manusia bertanggungjawab melaksanakan program pementoran kompetensi di Jabatan masing-masing dengan mengambil tindakan seperti berikut: (i) Perancangan (a) Menentukan skop pementoran kompetensi yang akan dilaksanakan sama ada berfokus kepada penyesuaian diri, pembinaan karektor, perkongsian kepakaran, pembinaan kepimpinan dan sebagainya. (b) Mengenal pasti dan memilih mentor yang mempunyai kualiti berasaskan kriteria-kriteria asas seperti berikut: i. Telah berkhidmat dalam Sektor Awam sekurang- kurangnya 3 tahun. ii. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas. iii. bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib. iv. Mempunyai kualiti keperibadian yang baik seperti berdisiplin, daya kepimpinan, berketrampilan serta kemahiran komunikasi dan interpersonal. v. Bersesuaian dengan skop pementoran yang ditentukan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy