Pengurusan Psikologi
269 KONSEP PEMENTORAN KOMPETENSI 8. Program pementoran kompetensi merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang. 9. Program coaching berfokus kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi kerja yang bersifat jangka pendek dan program kaunseling berfokus kepada pembangunan dan peningkatan potensi diri pegawai untuk memangkin perubahan tingkah laku positif. 10. Pementoran kompetensi merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan. SKOP PEMENTORAN KOMPETENSI 11. Skop pementoran kompetensi dalam sektor awam meliputi bagaimana seseorang pegawai yang cemerlang memindahkan pengetahuan kerja, ‘tacit knowledge’ dan sokongan kepada perkembangan kerjaya menti yang baru berkhidmat atau baru dinaikkan pangkat. Perkongsian pengalaman ini akan melibatkan aktiviti pembentukan karektor menti serta pembangunan dan pemantapan kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Skop pementoran kompetensi dalam sektor awam secara keseluruhannya dapat dilihat dalam rajah 1 seperti di Lembaran PO.3.1.4 (A1) . 12. Pementoran kompensi dalam sektor awam berfokus kepada peningkatan kompetensi seperti berikut: (i) Kompetensi Profesional merujuk kepada kecekapan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas bersesuaian dengan jawatan yang disandang. Kecekapan dan kemahiran melaksanakan kerja dapat mencerminkan kredibiliti, imej dan kualiti penyampaian perkhidmatan oleh individu serta organisasi. (ii) Kompetensi Budaya merujuk kepada kecekapan pengamalan budaya kerja berprestasi tinggi dalam sesebuah organisasi yang mengutamakan pencapaian. Amalan responsif, mesra, berbudi bahasa dan integriti menjadi asas kecemerlangan sektor awam berprestasi tinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy