Pengurusan Psikologi
271 (c) Mengenal pasti dan memilih menti yang bersesuaian dengan skop pementoran berasaskan kriteria-kriteria seperti berikut: i. Pegawai lantikan baru dalam tempoh percubaan atau pegawai yang baru dinaikkan pangkat dalam tempoh pemangkuan. ii. Tidak dikategorikan dalam pegawai bermasalah dan berprestasi rendah. iii. Mempunyai potensi dan kualiti menti yang baik seperti berfikiran positif, berinisiatif dan mempunyai daya usaha yang tinggi. (d) Melaksanakan pemadanan mentor dan menti berasaskan kriteria-kriteria seperti berikut: i. Memastikan nisbah pemadanan mentor menti bersesuaian dengan matlamat pementoran dan keupayaan mentor. Nisbah ideal adalah 1 mentor : 1-3 menti. ii. Pemadanan antara Pegawai Penilai Pertama (PPP) sebagai mentor dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) sebagai menti adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan bias dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). iii. Memastikan jurang gred jawatan antara mentor dan menti tidak terlalu jauh dan bersesuaian dengan matlamat perhubungan pementoran. iv. Memastikan lokasi penempatan kerja antara mentor dan menti berdekatan bagi memudahkan sesi pertemuan pementoran. v. Memastikan pemadanan mentor dan menti adalah daripada skim yang sama kecuali atas justifikasi kepakaran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy