Pengurusan Psikologi
198 Lembaran PO.3.1.1(I6) TATACARA INTERVENSI PEGAWAI RISIKO TINGGI 1. Tatacara pengurusan pegawai berisiko tinggi hendaklah dikendalikan mengikut tanda dan keadaan yang berikut: (i) Risiko Kemurungan; (a) Pengurusan kemurungan adalah penting kerana ia berkait rapat dengan risiko tingkah laku bunuh diri. Dalam tatacara pengurusan kemurungan, Pegawai Psikologi perlu mengambil kira kedua-dua gejala kemurungan dan risiko tingkah laku membunuh diri. (b) Pegawai awam yang menunjukkan gejala kemurungan atau risiko tingkah laku bunuh diri perlu dirujuk ke hospital, menjalani kaunseling atau psikoterapi dan diberi pemantauan berterusan. (ii) Risiko Keresahan; (a) Pengurusan Kes keresahan bermula dengan proses validasi, pengenal pastian tahap keresahan, merujuk ke hospital, menjalani kaunseling atau psikoterapi dan pemantauan berterusan. (iii) Tingkah laku Bunuh Diri dan Idea Bunuh diri Pegawai Psikologi perlu menilai sama ada pegawai tersebut adalah stabil atau berada dalam keadaan krisis. Seterusnya, keputusan tindakan selanjutnya perlu diambil bersesuaian dengan keadaan pegawai seperti: (a) pegawai dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital sekiranya pegawai dalam krisis dan tidak terkawal; atau (b) pegawai dihantar ke Klinik Kesihatan berdekatan sekiranya pegawai dalam krisis namun terkawal; atau (c) pegawai perlu menjalani sesi psikoterapi di Kementerian /Jabatan/Agensi sekiranya pegawai stabil namun mempunyai diagnosis sedia ada serta dalam rawatan psikiatri; atau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy