Pengurusan Psikologi

 199 (d) pegawai perlu menjalani sesi kaunseling di Kementerian /Jabatan/Agensi sekiranya pegawai tiada diagnosis namun kefungsian kerja dan rutin harian pegawai terganggu. (iv) Kes Penyalahgunaan Bahan. (a) Bagi pegawai berisiko dalam pengambilan dan penyalahgunaan dadah, mereka perlulah diberikan intervensi psikologi terlebih dahulu untuk tujuan pemulihan. (b) Individu yang didapati tegar dan enggan berhenti khususnya dalam kes penyalahgunaan dadah hendaklah dirujuk ke Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya selepas persetujuan Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam CERAIAN UP.7.2.4: Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah. (c) Tindakan yang sama perlu diambil bagi kes yang tidak menunjukkan perubahan positif setelah diberikan peluang untuk pulih secara intervensi psikologi dan rawatan perubatan atau pemulihan berdasarkan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan & Pemulihan) 1983 [ Akta 283 ]. 2. Objektif pengurusan kes berisiko tinggi adalah seperti yang berikut: (i) Meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda dan risiko kesihatan mental yang serius di kalangan pegawai awam. (ii) Menyediakan sistem pengesanan awal, intervensi pantas dan rawatan secara holistik. (iii) Memberikan sokongan profesional dan rujukan perkhidmatan pakar perubatan kepada pegawai awam berisiko tinggi mengikut keperluan. (iv) Melindungi keselamatan dan kesejahteraan individu serta memastikan tempat kerja yang selamat dan harmoni. 3. Pengurusan kes risiko tinggi yang boleh dilakukan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi adalah seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy