180 27. Ketua Jabatan perlu mendapatkan laporan pelaksanaan intervensi daripada Pegawai Penyelaras dan mengemukakan laporan tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut ketetapan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Peranan Pengurus Sumber Manusia 28. Pengurus Sumber Manusia perlu memastikan pegawai risiko tahap tinggi dapat menghadiri sesi validasi dan intervensi tanpa apa-apa halangan daripada mana-mana pihak. 29. Pengurus Sumber Manusia perlu menyediakan Program Pembangunan Diri kepada pegawai risiko tahap sederhana dan rendah berdasarkan keputusan MyPsyD. 30. Pengurus Sumber Manusia perlu menubuhkan Crisis Response Team di setiap organisasi/sumber manusia Kementerian/Jabatan/Agensi (Rujuk Malaysian Guideline on Suicide Prevention and Management). 31. Pengurus Sumber Manusia hendaklah menyediakan latihan dan kemahiran yang efektif untuk mengendalikan krisis kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri bagi pegawai berisiko di tempat kerja sekiranya diperlukan bagi meningkatkan keupayaan dan kompetensi kepada Pegawai Psikologi dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Peranan Pegawai Psikologi 32. Pegawai Psikologi hendaklah melakukan analisis data bagi mengkategorikan pegawai mengikut dapatan keputusan MyPsyD kepada tiga kategori iaitu Risiko Tahap Rendah, Tahap Sederhana dan Tahap Tinggi bagi penentuan jenis intervensi dan latihan yang diperlukan. 33. Pegawai Psikologi dikehendaki menghubungi pegawai yang berisiko tahap tinggi bagi tujuan verifikasi dan validasi kesahihan maklumat yang diisi dalam Sistem MyPsyD dan menetapkan intervensi atau tindakan yang sesuai. 34. Pegawai Psikologi perlu menjalankan proses triage validasi bagi mengenal pasti kesesuaian untuk merujuk pegawai ke hospital atau klinik kesihatan menggunakan Borang Rujukan MyPsyD (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I8). Borang ini perlu dicetak di atas kertas berwarna HIJAU.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy