Pengurusan Psikologi

 181 35. Borang Rujukan MyPsyd hendaklah diisi dengan lengkap beserta tandatangan pegawai yang merujuk. Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat mengikut Tatacara dokumen terperingkat sebelum diserahkan kepada Pegawai yang dirujuk untuk dibawa ke Klinik Kesihatan/Hospital. 36. Pegawai Psikologi perlu memaklumkan kepada pegawai yang dirujuk ke Klinik Kesihatan/Hospital untuk membuat temujanji dan pegawai boleh ke kaunter pendaftaran dan menyerahkan sampul surat rujukan kepada pegawai kesihatan untuk urusan selanjutnya. 37. Sekiranya pegawai yang berisiko enggan menerima intervensi atau rujukan ke hospital, Pegawai Psikologi hendaklah memberikan Borang Penolakan Intervensi/Rujukan kepada pegawai tersebut (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I9). Borang ini bertujuan untuk menyatakan bahawa pegawai berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakannya sendiri sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang tempoh krisis atau intervensi. 38. Pegawai Psikologi hendaklah menyediakan laporan untuk dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam setelah proses validasi dan intervensi. 39. Dalam proses pelaksanaan validasi dan intervensi, Pegawai Psikologi perlu memastikan pengurusan dan pengendalian data MyPsyD mengikut tatakelola Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi dalam Perkhidmatan Awam atau apa-apa undangundang/pekeliling/arahan lain yang berkuat kuasa. 40. Pegawai Psikologi perlu memastikan tanggungjawab Pegawai Psikologi dan Pegawai Berisiko dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam Borang Perakuan Termaklum ketika intervensi psikologi berlangsung. 41. Pegawai Psikologi perlu mengenal pasti keperluan untuk merujuk pegawai tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan pemantauan, intervensi kaunseling atau profesional. 42. Bagi kes yang memerlukan rujukan melalui pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu (Lampiran PO.3.1.1(H)), pengurusan intervensi dan pemantauan kepada pegawai yang berisiko perlu mematuhi tempoh yang telah ditetapkan bagi menilai kefungsian dan kebergunaan pegawai khususnya jika melibatkan keperluan untuk kembali bekerja (Return to Work) selepas menjalani intervensi atau proses pemulihan dan rehabilitasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy