179 20. Pegawai Psikologi yang mengendalikan pegawai berisiko tinggi WAJIB menghadiri sesi latihan anjuran JPA berkenaaan Manual Kerja Pengurusan Pegawai Risiko Tinggi. (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I6), Lembaran PO.3.1.1(I6-1) dan Lembaran PO.3.1.1(I6-2). Pemantauan 21. Fasa pemantauan adalah proses berterusan yang melibatkan penilaian, tindakan susulan dan pelaporan akhir pengurusan pegawai berisiko (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I7) dan Lembaran PO.3.1.1(I7-1). Ia bertujuan untuk memudahkan proses seliaan kes pegawai berisiko bagi memastikan kesejahteraan mental pegawai dan keberkesanan intervensi tercapai. PERANAN 22. Bagi memastikan semua prosedur berjalan dengan lancar, peranan semua peringkat dalam urusan ini amatlah penting dan diperincikan seperti di bawah. Peranan Ketua Jabatan 23. Ketua Jabatan perlu memastikan terdapat Pegawai Penyelaras bagi Sistem MypsyD di setiap Kementerian/Jabatan dan Agensi yang dapat mengakses dapatan MyPsyD dan memastikan Pegawai Penyelaras tersebut menganalisis dapatan tersebut untuk diambil tindakan intervensi selanjutnya. 24. Ketua Jabatan perlu memastikan semua pegawai yang berprofil risiko tinggi, sederhana dan rendah mendapatkan intervensi yang sesuai daripada Pegawai Psikologi atau seperti yang dicadangkan dalam Garis Panduan Pengurusan Pegawai Berisiko MyPsyD. 25. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pengurusan dan pengendalian data MyPsyD mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi dalam Perkhidmatan Awam atau apa-apa undang-undang/pekeliling/arahan lain yang berkuat kuasa dalam setiap prosedur pengurusan pegawai berisiko. 26. Ketua Jabatan hendaklah memastikan fasa validasi dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy