Pengurusan Psikologi

 177 PROSEDUR PENGURUSAN PEGAWAI BERISIKO 12. Prosedur pengurusan pegawai berisiko melibatkan fasa yang berikut: (i) Penilaian Risiko; (ii) Validasi (khusus kepada pegawai risiko tahap tinggi); (iii) Intervensi; dan (iv) Pemantauan. Penilaian Risiko 13. Proses Penilaian Risiko merupakan langkah mengkategorikan dapatan profil kesihatan psikologi pegawai seperti di Lembaran PO.3.1.1(I2) dan Lembaran PO.3.1.1(I2-1). Dapatan profil akan dijana secara automatik melalui sistem MyPsyD dan Pegawai Psikologi/Penyelaras Data di Kementerian/Jabatan bertanggungjawab untuk menyusun senarai pegawai mengikut tahap risiko yang telah dinyatakan dalam Sistem MyPsyD iaitu: (i) Risiko Rendah (ii) Risiko Sederhana (iii) Risiko Tinggi 14. Risiko Rendah bermaksud kesihatan psikologi pegawai adalah di tahap yang optimum, namun pegawai perlu terus mengamalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan mental. 15. Risiko Sederhana bermaksud kesihatan psikologi pegawai adalah di tahap yang terkawal namun mempunyai beberapa gejala kesihatan mental. Pegawai disarankan untuk berjumpa dengan Pegawai Psikologi bagi meningkatkan kemahiran daya tindak (coping skills) untuk menangani stres kehidupan seharian. 16. Risiko Tinggi bermaksud kesihatan psikologi pegawai adalah di tahap yang serius dan membimbangkan. Pegawai perlu mendapatkan intervensi daripada Pegawai Psikologi atau Pegawai Perubatan dengan kadar segera.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy