Pengurusan Psikologi

 178 Validasi 17. Proses Validasi dapatan MyPsyD hanya dijalankan kepada pegawai berisiko tinggi. Keperluan validasi adalah untuk mengesahkan maklumat data profil MyPsyD pegawai bagi membantu perancangan organisasi untuk urusan intervensi. Proses ini perlu dilakukan dalam kadar segera oleh Pegawai Psikologi di Kementerian/Jabatan/Agensi. 18. Bagi tujuan ini, validasi dijalankan mengikut proses di Lembaran PO.3.1.1(I3) dan Lembaran PO.3.1.1(I3-1) untuk mengesahkan maklumat yang diberikan adalah benar dan betul merujuk kepada maksud soalan yang diajukan dalam profil MyPsyD. Intervensi 19. Proses Intervensi merangkumi tiga (3) tatacara pengurusan pegawai berisiko iaitu: (i) Tatacara Intervensi Pegawai Risiko Rendah; Tatacara ini memberi fokus kepada penyediaan cadangan inisiatif program pengukuhan bagi pegawai berisiko rendah dengan memberikan peneguhan kepentingan daya tindak dan daya tahan yang positif demi mengekalkan kesihatan psikologi. (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I4), Lembaran PO.3.1.1(I4-1) dan Lembaran PO.3.1.1(I4-2). (ii) Tatacara Intervensi Pegawai Risiko Sederhana; dan Tatacara ini memberi fokus kepada penyediaan cadangan inisiatif program pembangunan, pembinaan dan pencegahan bagi pegawai berisiko sederhana agar kesejahteraan kesihatan pegawai dapat mencapai kesihatan psikologi yang optima. (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I5), Lembaran PO.3.1.1(I5-1) dan Lembaran PO.3.1.1(I5-2). (iii) Tatacara Intervensi Pegawai Risiko Tinggi; Tatacara ini memberi keutamaan kepada semua tahap kategori dapatan MyPsyD di dalam setiap domain iaitu; Domain A: Kemurungan; Domain B: Keresahan; Domain C1 atau C2: Idea atau Cubaan Bunuh Diri; atau/ dan Domain D: Penyalahgunaan Bahan. (Rujuk Lembaran PO.3.1.1(I6), Lembaran PO.3.1.1(I6-1) dan Lembaran PO.3.1.1(I6-2).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy