Pengurusan Psikologi

 176 (iv) meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan dan kesihatan mental dalam kalangan pegawai. PELAKSANAAN 6. Pelaksanaan pengurusan pegawai berisiko melibatkan proses Penilaian Risiko, Validasi, Intervensi dan Pemantauan seperti di Lembaran PO.3.1.1(I1). 7. Proses pengurusan pegawai awam berisiko yang dilaksanakan tersebut hendaklah menekankan kepentingan keselamatan dapatan data profil MyPsyD semua pegawai yang terlibat. Semua data yang diperoleh melalui sistem MyPsyD adalah dokumen SULIT dan WAJIB yang hendaklah diuruskan berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi dalam Perkhidmatan Awam atau apa-apa undang-undang/pekeliling/arahan lain yang berkuat kuasa. 8. Pendedahan maklumat peribadi pegawai awam dalam MyPsyD bagi tujuan SELAIN daripada pengurusan intervensi adalah tidak dibenarkan sama sekali dan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Matlamat pengurusan pegawai berisiko 9. Pengurusan pegawai berisiko secara berstruktur dan terancang membantu pegawai memahami punca-punca stres dan tekanan yang pegawai hadapi. Kesedaran pegawai dan pengurusan stres yang betul dapat membantu pegawai mengurangkan beban mental serta meningkatkan kefungsian dalam rutin kerja seharian. 10. Pengurusan yang proaktif juga berperanan meningkatkan keupayaan pegawai menghadapi konflik dan tekanan sosial dengan peningkatan pengetahuan teknik komunikasi efektif, penyelesaian konflik dan kemahiran pengendalian emosi dalam situasi tekanan tinggi. Melalui langkah-langkah ini, persekitaran kerja yang lebih siha dan menyokong kesihatan psikologi pegawai awam dapat dibina. 11. Secara keseluruhan, pengurusan ini adalah untuk memastikan pegawai awam dapat menjalankan tugas mereka dengan kesejahteraan mental yang optimal, mengurangkan risiko masalah psikologi yang berpotensi memberi kesan negatif kepada diri sendiri, rakan sekerja, dan organisasi. Pendekatan holistik, pencegahan, dan sokongan berterusan adalah penting dalam memastikan keberkesanan intervensi ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy