Pengurusan Psikologi

 175 (iii) “Kesihatan Mental” bermaksud satu keadaan kesejahteraan mental yang membolehkan seseorang individu menangani stres kehidupan, menyedari potensi diri, boleh belajar dan bekerja dengan baik serta menyumbang kepada komuniti; (iv) “Kesihatan Psikologi” merujuk kepada kesejahteraan emosi, mental dan sosial pegawai awam yang ditakrifkan dalam Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam; (v) “Krisis” bermaksud keadaan individu yang mengalami gangguan mental yang serius dan mendesak, yang menimbulkan risiko kepada keselamatan diri dan orang lain serta mengganggu fungsi harian secara drastik; (vi) “Pegawai Berisiko” bermaksud pegawai yang cenderung mengalami krisis dan gangguan mental sama ada kemurungan, keresahan, tingkah laku membunuh diri atau penyalahgunaan dadah atau bahan; dan (vii) “Persekitaran yang Selamat” bermaksud persekitaran fizikal di tempat kerja yang sihat bagi pegawai dan ketua jabatan bekerjasama ke arah mempromosikan kesihatan dan keselamatan dalam persekitaran kerja fizikal, psikososial, organisasi kerja, budaya tempat kerja, sumber kesihatan diri di tempat kerja dan penglibatan komuniti. OBJEKTIF 5. Garis Panduan ini bertujuan sebagai sumber rujukan kepada pihak pengurusan sumber manusia bagi menguruskan pegawai awam yang berisiko berdasarkan dapatan data profil MyPsyD dengan: (i) menyediakan kaedah pengurusan pegawai yang berisiko secara komprehensif yang menekankan pemeliharaan keselamatan maklumat dapatan data profil MyPsyD; (ii) memastikan pemantauan dan penilaian berkala terhadap keberkesanan pengurusan dilaksanakan; (iii) mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan menyokong kesejahteraan dan kesihatan mental pegawai; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy