Pengurusan Psikologi
175 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEGAWAI BERISIKO BERDASARKAN DAPATAN SISTEM PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD) TUJUAN 1. Garis panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah pengurusan pegawai awam berisiko berdasarkan dapatan melalui Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD). LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan hasrat untuk mengekalkan kesejahteraan pegawai seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rukun Malaysia MADANI, setiap pegawai awam diwajibkan untuk melengkapkan profil MyPsyD bermula 1 Mac 2024 secara berperingkat. Pelaksanaan MyPsyD melalui Surat Edaran JPA.600-21/5/5(46) bertarikh 26 Februari 2024 telah mewajibkan semua pegawai awam melengkapkan profiling MyPsyD bagi mengenal pasti risiko tahap kesihatan psikologi pegawai awam. 3. Pengenalpastian risiko daripada MyPsyD ini dapat menjadi indikator penting kepada organisasi dan pembangunan sumber manusia khususnya untuk merangka tindakan intervensi yang bersesuaian melalui strategi dan penentuan pelaksanaan program pembangunan kendiri, pencegahan dan intervensi yang bersasar dalam mengekalkan kesejahteraan pegawai awam untuk meningkatkan kesihatan mental pada tahap optimum bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang profesional dan berkualiti. TAFSIRAN 4. Bagi maksud pemakaian Garis Panduan ini:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy