Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

 5 (f) Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat agensi, khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/sub modul HRMIS; (g) Menyediakan arahan pelaksanaan bagi setiap modul/sub modul serta berperanan sebagai jurulatih, agen perubahan dan penyelaras pelaksanaan; dan (h) Menyelaras penyediaan infrastruktur yang diperlukan bagi pelaksanaan HRMIS. (iv) Tanggungjawab CO ialah untuk: (a) Melengkapkan dan mengemas kini maklumat peribadi masing-masing; (b) Melaksanakan fungsi atau urusan sumber manusia menerusi HRMIS melalui modul yang berkaitan; (c) Mengemas kini data HRMIS sekiranya terdapat perubahan dan memaklumkan kepada ketua jabatan/ pentadbir agensi dengan buktibukti yang jelas dan lengkap; dan (d) Menyemak dan memastikan semua maklumat CO adalah betul, tepat dan terkini. HRMIS Sebagai Sistem Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Tunggal 9. Semua agensi Kerajaan diminta untuk tidak membangunkan sistem lain berkaitan PSM bagi mengelakkan pembaziran dan pertindihan sistem dalam Perkhidmatan Awam. HRMIS juga hendaklah dijadikan sumber rujukan tunggal maklumat PSM sektor awam di mana semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan HRMIS perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk membekalkan dan memastikan maklumat HRMIS adalah tepat serta berintegriti. Capaian Ke Sistem HRMIS 10. HRMIS boleh dicapai melalui Portal JPA (https://www.jpa.gov.my) atau di Portal HRMIS (https://www.eghrmis.gov.my/). CO boleh menggunakan fungsi tertentu HRMIS menerusi aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan iaitu MyHRMIS Mobile.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy