Hubungan Majikan - Pekerja

 2-2 BIL. SOALAN JAWAPAN 5. Semasa ketiadaan Pengerusi, siapa yang boleh mempengerusikan mesyuarat MBJ? Adakah Naib Pengerusi boleh mempengerusikan mesyuarat tersebut? Pegawai terkanan dari Pihak Pegawai boleh mempengerusikan mesyuarat MBJ semasa ketiadaan Pengerusi. Dalam hal ini, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak dibenarkan mempengerusikan mesyuarat MBJ dalam apa jua keadaan sekalipun. 6. Apakah tujuan salinan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat MBJ yang telah diadakan dikemukakan kepada Agensi Induk dan JPA? Agensi Induk memerlukan salinan minit mesyuarat MBJ jabatan-jabatan di bawah seliaannya bagi memantau keaktifan dan memberi perhatian ke atas isu-isu dibincangkan serta menyediakan laporan kepada pihak JPA. Salinan minit berkenaan turut diperlukan JPA bagi menyemak keabsahan laporan yang dikemukakan oleh Agensi Induk. 7. Bolehkah ahli MBJ membuat tuntutan elaun perjalanan dan elaun- elaun lain yang berkenaan semasa menghadiri mesyuarat MBJ? Ahli-ahli MBJ yang dijemput menghadiri mesyuarat dibenarkan membuat tuntutan elaun perjalanan dan bayaran lain seperti mana yang dibenarkan semasa menjalankan tugas rasmi mengikut kelayakan masing- masing. 8. Apakah perbezaan utama penambahbaikan dasar MBJ ini berbanding amalan pelaksanaan terdahulu? Penambahbaikan dasar MBJ melalui Pekeliling Perkhidmatan ini menyentuh tiga (3) perkara utama meliputi perkara-perkara berikut: a) pemerkasaan peranan pihak kementerian dan pejabat SUK untuk memantau secara terus keaktifan MBJ jabatan di bawah seliaannya dan mengemukakan laporan keaktifan kepada pihak JPA; b) mesyuarat MBJ dilaksanakan sekali dalam tempoh empat (4) bulan berbanding sekali dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum ini; dan c) memperkenalkan elemen inovasi dan produktiviti sebagai elemen baharu dalam bidang kuasa dan fungsi MBJ.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy