Hubungan Majikan - Pekerja

 2-3 BIL. SOALAN JAWAPAN 9. Berikutan perubahan kepada tempoh dan bilangan pelaksanaan mesyuarat MBJ, adakah jabatan perlu mengemukakan permohonan pindaan perlembagaan kepada pihak JPA bagi mengubahketetapan di perenggan yang berkaitan? Perubahan kepada tempoh dan bilangan pelaksanaan mesyuarat MBJ ini terpakai kepada semua perlembagaan MBJ jabatan yang telah diluluskan JPA sebelum ini. Sehubungan itu, jabatan tidak perlu mengemukakan permohonan pindaan perlembagaan bagi perubahan di perenggan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bagi jabatan yang ingin membuat pindaan pada perkara-perkara yang lain, permohonan pindaan perlembagaan boleh dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan. 10. Apakah perbezaan utama amalan pengurusan MBJ di peringkat jabatan berbanding amalan sebelum ini? Melalui pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini, jabatan kini perlu mengemukakan minit mesyuarat kepada pihak Agensi Induk serta menyalinkannya kepada JPA. 11. Adakah pegawai Kumpulan Pelaksana layak menuntut Bayaran Lebih Masa apabila menghadiri mesyuarat MBJ di luar waktu bekerjanya? Pegawai Kumpulan Pelaksana tidak layak menuntut Bayaran Lebih Masa walaupun penganjuran mesyuarat MBJ diadakan di luar waktu bekerja atau melepasi waktu bekerja pejabat pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy