Hubungan Majikan - Pekerja

 2-1 LAMPIRAN PO.4.2.1(B) SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2020 DASAR HUBUNGAN MAJIKAN-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM - MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL. SOALAN JAWAPAN 1. Perlukah Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ditubuhkan di jabatan yang mempunyai kakitangan kurang daripada 30 orang? Semua jabatan kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan perlu menubuhkan MBJ. Syarat penubuhan ini tidak terikat dengan jumlah kakitangan di sesebuah jabatan. 2. Bolehkah jabatan yang telah membincangkan isu-isu kebajikan dalam mesyuarat pengurusan diberikan pengecualian dari menubuhkan MBJ? Bagi jabatan yang memenuhi syarat penubuhan MBJ, mesyuarat tersebut perlu dilaksanakan mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan. MBJ ditubuhkan dengan format yang khusus bagi memastikan komunikasi dua (2) hala berlaku di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam mesyuarat untuk mencapai persetujuan bersama ke atas isu-isu berbangkit. 3. Apakah faedah yang boleh diperolehi dari penubuhan MBJ? Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi oleh Pihak Pegawai, Pihak Pekerja dan jabatan berkenaan sekiranya MBJ ditubuhkan dan digerakkan secara aktif. Faedah ini termasuklah kepuasan bekerja, peningkatan produktiviti, kesetiaan kepada organisasi, penjimatan kos dan sebagainya. 4. Selain daripada dasar Kerajaan, apakah perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ? Selain daripada dasar Kerajaan, hal-hal perseorangan atau masalah peribadi juga tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja. Perbincangan MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara- perkara yang melibatkan kepentingan bersama (commoninterest).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy