Hubungan Majikan - Pekerja

 1-11 32.2 Hal-hal perseorangan (a) isu kelewatan bayaran lebih masa kepada seseorang; (b) kerosakan komputer pejabat yang dihadapi oleh seseorang; dan (c) isu kekurangan alat tulis pejabat yang dibekalkan kepada seseorang. XIII. KESAN PELAKSANAAN MBJ YANG TERATUR 33. Pelaksanaan MBJ yang teratur boleh memberi kesan positif kepada jabatan dari segi kelancaran proses kerja serta meningkatkan tahap kerjasama di antara warga jabatan. Pada masa yang sama, MBJ yang berkesan juga dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan. Contoh lain kesan positif hasil pelaksanaan MBJ secara teratur adalah seperti berikut: 33.1 hubungan harmoni antara warga jabatan membentuk sikap yang positif dalam menyelesaikan isu yang berbangkit; 33.2 memberi peluang kepada setiap pekerja untuk sama-sama terlibat menyumbang idea serta pandangan bagi melancarkan urusan kerja dan menyelesaikan isu; 33.3 isu-isu kebajikan mendapat ruang yang khusus untuk dibincangkan bersama Pihak Pegawai yang boleh mendorong peningkatan kepuasan bekerja di satu-satu jabatan; 33.4 suasana kerja yang kondusif dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja; dan 33.5 sebagai pemangkin kepada budaya hormat menghormati di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam menyelesaikan isu yang berbangkit secara profesional.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy