Hubungan Majikan - Pekerja

 1-10 XI. PERKARA DASAR DAN HAL PERSEORANGAN 30. Segala bentuk perbincangan yang bertujuan untuk mengubah sesuatu keputusan dan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, pekeliling, surat pekeliling atau lain-lain bentuk keputusan dasar adalah tidak dibenarkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi penjelasan mengenai perkara dasar untuk melicinkan pelaksanaannya di peringkat jabatan. 31. Mesyuarat MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan masalah bersama (common interest). Masalah perseorangan atau peribadi tidak perlu dibawa ke dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja. XII. CONTOH PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN 32. Contoh perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut: 32.1 Perubahan pada dasar Kerajaan (a) cadangan penambahan jenis penyakit berjangkit dalam kemudahan Cuti Kuarantin; (b) cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan; (c) cadangan pewujudan elaun atau kemudahan baharu dalam Perkhidmatan Awam; (d) cadangan meningkatkan bilangan jumlah pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai yang layak; dan (e) cadangan memendekkan tempoh berada di gred lantikan bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy