Hubungan Majikan - Pekerja

 1-12 XIV. FAKTOR KEJAYAAN MBJ 34. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan MBJ di sesebuah jabatan, antara lainnya adalah seperti berikut: 34.1 hubungan yang harmoni di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam sesebuah jabatan; 34.2 komitmen pihak pengurusan yang tinggi dalam memastikan MBJ berfungsi sebagai platform penyelesaian masalah dan inovasi dalam sesebuah jabatan; 34.3 kesediaan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja mendengar dan berbincang secara profesional dalam mencari jalan penyelesaian ke atas isu berbangkit; dan 34.4 Ketua Jabatan komited dalam memastikan MBJ berfungsi sebagai platform hubungan dua (2) hala yang penting dalam satu- satu jabatan. XV. PERANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 35. Tanggungjawab JPA sebagai Agensi Pusat meliputi perkara-perkara seperti berikut: 35.1 memastikan dasar dan peraturan MBJ yang diguna pakai adalah relevan; 35.2 melaksanakan naziran dan khidmat nasihat kepada jabatan bagi memastikan pelaksanaan mesyuarat MBJ adalah teratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy